Wednesday, November 9, 2011

Bolasepak Malaysia: SEA Games 2011 Palembang, Indonesia

Petang semalam Malaysia telah mengadakan perlawanan peringkat kedua bagi saingan kumpulan bersama dengan Singapura dan Thailand. Setelah seri dengan Singapura Malaysia telah menang ke atas Thailand dengan jaringan 2-1. Tahniah pasukan Malaysia. Itu adalah kerja keras pengurusan pasukan bolasepak Malaysia dan pemain serta berkat doa seluruh peminat bolasepak tanah air. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Sebagaimana yang dilihat, begitu penting sekali untuk mencapai kemenangan apabila menghadapi perlawanan kerana nilai suatu kemenangan itu terlalu mahal dan amat sukar ditakrif dengan kata-kata, hanya apabila telah menang baru dapat dirasai bagaimana dan apa yang dikatakan telah menang. begitu bangga sekali. ya, sehingga mendabik dada. antara kebaikan menjadi pemenang adalah:

1. Meningkatkan moral secara keseluruhan dan menjadi lebih bertenaga dan bersemangat.
2. Dapat kemahiran baru untuk menghasilkan kemenangan di masa akan datang. ataupun dipanggil 'ramuan'    untuk membentuk kejayaan.
3. Memberi kepuasan atas segala usaha dan keperitan yang telah dilalui semasa berusaha. Atas sesuatu yang diingini berbagai usaha telah dilakukan sehingga begitu memberikan tekanan dengan kemenangan semua itu akan reda dan terasa berbaloi.
4. Bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya. dengan kemenangan baru lah seseorang itu akan berasa lebih bersedia kerana ketika itu semangat sedang berkobar-kobar. ini suatu bonus dan mampu melonjakkan lagi prestasi seseorang itu kerana mereka yang bersemangat akan lebih bertenaga berbanding mereka yang kurang bertenaga.
5. Mendapat pujian atas kejayaan yang membanggakan. tetapi harus diingat bahawa pujian harus diterima bersahaja kerana ada diantara pujian yang dilontarkan adalah disebabkan mencemburui kejayaan. harus waspada orang yang mencemburui kejayaan berusaha lebih untuk menandingi mereka yang telah berjaya ini.
6. Berkat doa yang dimakbulkan. Kejayaan juga berpunca daripada doa yang telah dilafazkan dan Allah SWT sentiasa mendengar doa org mukmin dan maha mendengar apa sahaja yang dilafazkan oleh hamba-hambanya. permintaan hambaNya tidak pernah diabaikan.
7. Berasa syukur atas nikmat yang diperoleh. Kejayaan adalah suatu nikmat yang tidak terkira yang diberikan Oleh Tuhan atas apa yang kita telah minta dan usaha.

jadi kemenangan dengan apa cara sekali pun haruslah tidak diraikan dengan melampaui batas dan melampau. itu juga adalah sebagai tanda bersyukur. untuk memastikan dimasa akan datang kejayaan yang lebih lagi dapat kita kecapi.

Sekali lagi, kehadapan lah pasukan yang mewakili SEA games 2011 dan semoga kejayaan pasukan bola menjadi inspirasi bagi pasukan sukan lain.

No comments:

Post a Comment