kemudian aku terfikir baiklah sudah termakan daging ayam yang kurang jelas statusnya. dalam hati cuma berkata Allah mengetahui segala-galaNya. sebelum terlupa check kejap surah Almaidah ayath 5.:
Surah Al Maidah, Ayat 5
Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
nah, memang menyatakan sesuatu seperti yang disampaikan kepada sahabat dari Arab Saudi itu. Mohamed namanya satu kelas di Kelas Prof Woon Yong Lee, subjek Pengurusan Kesihatan. maksud mempunyai kepercayaan agama yang disampaikan kepada Mohamed kepada aku adalah penerima kitab sebelum kitab agung Alquran yakni zabur, taurat dan injil dari bangsa yahudi dan nasrani kini adalah penganut agama kristian terbesar. hal yang sama juga adalah digunapakai terhadap perempuan untuk dikahwini. Terang lagi nyatalah ayam di Korea Selatan ini wajar tidak dimakan kerana status halal yang
tidak halal melainkan dalam keadaan darurat (lapar bukan darurat ye). terima kasih sahabat Mohamed kerana memperkenalkan dengan ayat Alquran yang berharga ini.
Di Korea bermacam-macam persoalan timbul untuk diselesaikan dengan membuat pemerhatian, analisis, temuduga, soaljawab, ujikaji dan eksperimen. antaranya, kenapa korea lebih maju, kenapa Korea mempunyai pencapaian yang hebat kebelakangan ni, kenapa hiburan menjadi tarikan di negara ini, dan bagaimana menghasilkan rakyat sesebuah negara yang komited dan bersungguh untuk menaikkan jenama negara mereka Korea itu sendiri.
Last but not least, setelah berada 4 bulan di sana persoalan itu akhirnya menemukan jawapan iaitu mereka tidak berbuat sesuatu untuk diri mereka sahaja tetapi orang lain. bermaksud mereka jujur pada diri sendiri dan orang lain untuk kebanyakan perkara. mereka akan menyuruh orang lain berbuat seperti mereka akan perkara-perkara yang mereka senangi. mereka di didik dengan sifat menjaga dan memulihara tak kira apa-apa dan nilai kesusilaan yang berada di tahap ke 6, malaysia masih lagi tahap 3-iaitu rendah (ye la termasuk yang menaip tu). Korea menarik, membangun persis negara maju. Jepun macam mana pulak, United Kingdom macam mana pulak, United States macam mana pulak. negara-negara dalam list terkini. nak lanjutkan pengajian kelak di luar negara.
akan tulis lebih banyak lagi, tetapi bukan disini. ada blog-blog lain juga yang sedang meningkat naik
pertama blog peribadi (diari, coretan,luahan, internal facto) kedua blog perkongsian ilmu, perbincangan
berkaitan pembacaan dalam sukan dan sains dalam sukan. ni lah major sekarang. english blog ni untuk knowledge sharing dan spread ideas throughout the world, crossing the language barrier. terakhir insyaAllah blog for basic knowledge in learning Korea step-by step full tutorial. May Allah give ease for all of this.
last sekali adalah gambar:
last sekali adalah gambar:
No comments:
Post a Comment