Monday, May 27, 2013

musim bunga, musim luruh dan musim panas semester pertukaran di korea selatan. daebakk



Salam korea... daebakk

Berada di negeri Hallyu sejak Februari 2013. ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Univ Teknologi Malaysia bahagian Hal Ehwal Antarabangsa (HEA) khusus disebutkan Pn. Rahimah, Pn. Haiza, Dr. Nora Mislan dan semua kakitangan yang bertungkus lumus bagi menghantar kami ke Kookmin University Korea Selatan untuk menjalani program pertukaran pelajar pertama kami. seramai lima orang terdiri daripada 3 orang perwira dan 2 orang srikandi UTM Skudai Johor. tanpa mereka tiada lah tempat mengadu selama di Korea Selatan selama 1 semester. Mereka adalah.. Juan Wei pelajar tahun 3 Fakulti Kejuruteraan Awam UTM, Andrew Heng pelajar tahun 3 Fakulti Sains UTM Muhammad Faris Bin Nasir pelajar tahun 3 Fakulti Pendidikan, Nurul Izyana pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan dan Nur Raidah Bte Abdul Razak pelajar  Ijazah Sarjana dari Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Manusia UTM Skudai Johor. pada 26 hb feb 2013 adalah tarikh kami menjejak ke Korea Selatan. Negara yang terkenal dengan budaya hiburan KPOP dan terkenal dengan teknologi telefon bimbit pintar serta pasukan bola sepak lelaki dan pencapaian dalam sukan olimpik 2012 di London. Teruja berada disini dari turun kapal terbang penerbangan tambang murah Air Asia X dari LCCT Subang ke lapangan terbang antarabangsa Incheon, Seoul Korea.

suasana sejuk terasa sehingga ke sum sum tulang ketika kami tiba merupakan musim sejuk dan salji penuh di sekitar jalan dan tiada tumbuhan yang hidup. suhu sekitar -10 C. kami bertahan. perkara pertama kami buat adalah penginapan kami diberi penginapan sementara. kemudian keesokanya lagi kami keluar mencari baju sejuk untuk kami hidup dalam suasana sejuk ketika itu.

                                         
oppa gangnam style--->di area gangnam
para roomate di dorm kami
kemudian kami diberi penginapan baru. ah ada yang ditempatkan dengan pelajar korea dan ada yang ditempatkan bersama pelajar antarabangsa yang lain. komunikasi sangat janggal kerana masing2 lemah dalam penguasaan bahasa yang ditutur malaysia dengan bahasa inggeris pelat dan berterabur korea dengan bahasa korea kemudian memahami slang inggeris gaya Amerika. hari demi hari baru dapat keserasian seperti pasukan bola sepak kini kefahaman lebih dirasai cuma kemesraan tidak ditonjolkan oleh satu sama lain. kehidupan seharian  menyeronokkan dengan makanan korea, masyarakat dan budaya yang disemaikan sememang mereka bangsa yang meletakan hormat pada aras yang tinggi. salute. segala perbuatan tingkahlaku dan tutur kata mereka menunjukkan mereka menghormati. dengan cara tersendiri cuma segelintir yang kurang senang kebanyakan mereka yang tidak berbahasa inggeris dengan lancar sebagai contoh ajussi? dan ada yang terlebih peramah.
   
                                     

selepas peperiksaan pertengahan berakhir kini semakin tiba penghujung semester final. perkataan peperiksaan final sudah kedengaran dari mulut professor jun semakin menghampiri. rasa rindu mula menerpa teringat segala mereka yang berada disini untuk menolong dan ada yang membiar ada yang suka bersama dan ada yang suka bersendirian. rakan telah dijumpai dan masih ramai yang perlu ditemui. temapt masih banyak yang belum diteroka namun wang saku sudah semakin mengecil dan berkurang. haha. masih banyak yang perlu dipelajari dan dikuasai. berada disini memang perkara terbaik pernah dikecapi namun perkara yang berlaku sebagai kesinambungan adalah melihat Amerika Syarikat sebagai tempat kedua untuk menimba ilmu selepas Korea Selatan. bagaimana ia berlaku? disini hampir kesemua kiblat dalam perbagai bidang adalah dari AS. sehingga ia dinampakkan sebagai suatu yang begitu kuat dan utuh tersemat. jadi dgn mudah ia merebak. pengajian Ijazah Sarjana di sana mula terbit di hati dan akal fikiran, lantas bagaimana ia dapat dihasilkan, dana merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian.. uhh pinjaman.. demi ilmu dan pengajian tidak apa kah meminjam. huhu. kalau berkahwin sudah tentu anak isteri akan ditinggalkan. demi umur yang meningkat cita-cita dikorbankan atau korbankan cita-cita untuk kehidupan penuh nikmat (beristeri).. sebagai seorang oportunis yang islamik. pencarian ilmu itu lebih bermakna dan tinggi nilai dari kehidupan seharian. mengembara juga menambah ilmu. belajar dan berguru menambah ilmu berbicara dan memerhati menambah ilmu membaca dan melakukan serta mendengar manambah ilmu.

Kesimpulan adalah pertukaran pelajar sangat menyeronokkan bagi yang dahagakan ilmu.

P/s: semoga Allah permudahkan segala urusan dan pertambah segala apa yang telah berkurang dalam diri ini dan sisi dunia perkara yang mendatangkan manfaat. Amin Ya Robb.

mode: perkongsian matlamat, bersedia sahut cabaran ijazah sarjana dan alam kerja, pernambahbaikan diri menjadi Islam sejati. penerimaan dalam masyarakat. daebakk

seoul world cup stadium bersama Juan Wei dan Onur

No comments:

Post a Comment