Saturday, December 14, 2013

Psikologi: Psyche adalah jiwa logos adalah ilmu dalam bahasa greek.

Kelas sem 2013/2014 ada lagi subjek psikologi sukan, selepas subjek psikologi sukan yang sama di Kookmin Univ. Korea Selatan. Fakulti tawar perpindahan kredit tp tak sempat berurusan dengan pihak School of Physical Education untuk minta course outline jadi kelas sem ini diteruskan. kendalian pelajar master psikologi yang kini guru di SMK Desa Skudai 2 En. Roslizan Bin Hj. Saad.

Ontheway near the end of semester: ada satu event yang agak menarik iaitu dipanggil Relaksasi. kami dikehendaki mengaplikasi relaksasi progresif, autogenik dan meditasi. 3 topik yang dijalankan oleh 3 kumpulan dari fakulti Pendidikan, pelajar sains sukan tahun akhir.

Sebelum tu kami telah diberi selembar soalan yang mengcakupi 30 soalan dari pengenalan psikologi, motivasi, kebimbangan dan tumpuan. soalan pertama yang tidak dapat dijawab adalah nyatakan 4 teori Tumpuan: well ni ha jawapannya:

  • Teori fenomena majlis koktel
  • Teori tapisan Tumpuan
  • Teori pengurangan Tumpuan
  • Teori kapasiti Tumpuan
  • Teori penggunaan Kiu Easterbrook

Aktiviti seterusnya dijalan kan ditempat yang berbeza di dewan yang diberi nama Dewan Sri Alam. Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai.

dimulakan dengan Kumpulan Relaksasi Pregresif, berikut gambar sepanjang aplikasi berlangsung::

 








aplikasi ini berakhir sekitar jam 11.30 dan aktiviti meditasi iaitu yang terakhir kendalian Hilmi Hafidz membuatkan ramai yang tidur tanpa disedari.

Kesimpulan kelas ini memang baik kerana, dengan cara demikian tiada masalah untuk kami pelajar sains sukan UTM mengaplikasi kepada para pelajar atau atlit kendalian kami kelak. :)

Friday, July 12, 2013

ketika ramadhan 1434h, waktu itu..

Satu petang yang damai kau kulihat menanti seorang teman-teman yang tak kan datang.. lalu ku keluarkan gadjet peribadi milikku samsung galaxy tablet dan menonton video remaja couple seminggu. setelah habis ku gelak tertawa sendirian. ah lawak apakah ini, hmm namun ada kebejatan disebalik video itu. remaja perempuan ini kan. apakah boyfriend yang disanjungnya itu akan berkekalan dengannya, tentu tidak. sementalahan itu Mesir turut diancam kebejatan, Presiden Morsi daripada Ikhwanul Muslimin dijadikan tahanan di rumah nya setelah diancam rakyat yang berkumpul sekali lagi di dataran Tahrir. salah seorang man in-charges adalah Jeneral Abdel Fattah Alsisi. sementalahan itu jugak admin blog coretanadik baru balik dari program ziarah ramadhan yang dirasmikan di Tanjung Puteri Resort, Tanjung Puteri, Johor. 





Monday, July 1, 2013

Pertukaran Pelajar Di Korea: permulaan episod perantauan di peta dunia

Tamat sudah satu episod thrilling satu semester di Korea, best ke tak? Jawabnya memang best dan sangat berbaloi-baloi. Dapat kawan dan pengalaman baru dan dapat makan makanan yang berbeza, dekat sana makanan halal tu senang nak peroleh, dan yang haram pula setiap hari dihidangkan dan menjadi ruji masyarakat korea macam pork, swine, roar, ham, wine, alcohol dan gelatin from animal sources (pork). daging-daging di Korea juga diragui kehalalan nya sebab tidak disembelih, dibunuh dengan kejutan elektrik atau dilemaskan di dalam air. namun begitu setiap ayam yang dimasak di kedai-kedai sudah dipotong kepala di bahagian leher. ade satu hari tu (kisah teladan,jadikan sempadan) sedang asyik menjamah ayam masak ala-ala asam pedas.. err lupa nama dia apa datang seorang kenalan dari Arab Saudi menegur : kawanku adakah kamu memakan ayam disini?, aku pun jawab. Ya kawanku ini adalah ayam yang sedang saya makan. Dia pun menjawab "Subhanallah apakah kamu tahu yang ayam di sini tidak halal bagi kamu seorang muslim untuk memakannya. aku pun berkata "ini cuma daging ayam yang saya telah makan, saya merasakan ayam masih boleh dimakan kecuali daging kawanku" Dia pun jawab "sahabatku sesungguhnya kamu boleh makan apa sahaja yang dibunuh (dikeluarkan) oleh negara yang mempunyai kepercayaan kepada agama seperti Amerika Syarikat dan Australia yang percaya kepada agama Kristian, akan tetapi tidak makanan peliharaan yang dikeluarkan oleh negara yang tidak mempunyai kepercayaan kepada agama (Korea)". aku pun jawab "begitukan wahai sahabatku". Dia pun menjawab "Ya. Begini, saya perlu pergi sekarang kamu cari sepotong ayat dari surah Almaidah ayath 5, kamu akan faham kerana dari situ saya menjelaskan kepada kamu apa yang telah saya jelaskan kepada kamu kawanku". aku pun jawab. "terima kasih sahabatku, saya akan cari apabila pulang nanti". "baik, sehingga bertemu lagi. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. jawab aku Waalaikumusalamwarahmatullahiwabarakatuh. dia pun pergi.

kemudian aku terfikir baiklah sudah termakan daging ayam yang kurang jelas statusnya. dalam hati cuma berkata Allah mengetahui segala-galaNya. sebelum terlupa check kejap surah Almaidah ayath 5.:

Surah Al Maidah, Ayat 5

Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka) dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka mas kahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
  nah, memang menyatakan sesuatu seperti yang disampaikan kepada sahabat dari Arab Saudi itu. Mohamed namanya satu kelas di Kelas Prof Woon Yong Lee, subjek Pengurusan Kesihatan. maksud mempunyai kepercayaan agama yang disampaikan kepada Mohamed kepada aku adalah penerima kitab sebelum kitab agung Alquran yakni zabur, taurat dan injil dari bangsa yahudi dan nasrani kini adalah penganut agama kristian terbesar. hal yang sama juga adalah digunapakai terhadap perempuan untuk dikahwini. Terang lagi nyatalah ayam di Korea Selatan ini wajar tidak dimakan kerana status halal yang   
tidak halal melainkan dalam keadaan darurat (lapar bukan darurat ye). terima kasih sahabat Mohamed kerana memperkenalkan dengan ayat Alquran yang berharga ini. 

Di Korea bermacam-macam persoalan timbul untuk diselesaikan dengan membuat pemerhatian, analisis, temuduga, soaljawab, ujikaji dan eksperimen. antaranya, kenapa korea lebih maju, kenapa Korea mempunyai pencapaian yang hebat kebelakangan ni, kenapa hiburan menjadi tarikan di negara ini, dan bagaimana menghasilkan rakyat sesebuah negara yang komited dan bersungguh untuk menaikkan jenama negara mereka Korea itu sendiri. 

Last but not least, setelah berada 4 bulan di sana persoalan itu akhirnya menemukan jawapan iaitu mereka tidak berbuat sesuatu untuk diri mereka sahaja tetapi orang lain. bermaksud mereka jujur pada diri sendiri dan orang lain untuk kebanyakan perkara. mereka akan menyuruh orang lain berbuat seperti mereka akan perkara-perkara yang mereka senangi. mereka di didik dengan sifat menjaga dan memulihara tak kira apa-apa dan nilai kesusilaan yang berada di tahap ke 6, malaysia masih lagi tahap 3-iaitu rendah (ye la termasuk yang menaip tu). Korea menarik, membangun persis negara maju. Jepun macam mana pulak, United Kingdom macam mana pulak, United States macam mana pulak. negara-negara dalam list terkini. nak lanjutkan pengajian kelak di luar negara. 

akan tulis lebih banyak lagi, tetapi bukan disini. ada blog-blog lain juga yang sedang meningkat naik
pertama blog peribadi (diari, coretan,luahan, internal facto) kedua blog perkongsian ilmu, perbincangan 
berkaitan pembacaan dalam sukan dan sains dalam sukan. ni lah major sekarang. english blog ni untuk knowledge sharing dan spread ideas throughout the world, crossing the language barrier. terakhir insyaAllah blog for basic knowledge in learning Korea step-by step full tutorial. May Allah give ease for all of this.

last sekali adalah gambar:

  

Monday, May 27, 2013

musim bunga, musim luruh dan musim panas semester pertukaran di korea selatan. daebakk



Salam korea... daebakk

Berada di negeri Hallyu sejak Februari 2013. ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Univ Teknologi Malaysia bahagian Hal Ehwal Antarabangsa (HEA) khusus disebutkan Pn. Rahimah, Pn. Haiza, Dr. Nora Mislan dan semua kakitangan yang bertungkus lumus bagi menghantar kami ke Kookmin University Korea Selatan untuk menjalani program pertukaran pelajar pertama kami. seramai lima orang terdiri daripada 3 orang perwira dan 2 orang srikandi UTM Skudai Johor. tanpa mereka tiada lah tempat mengadu selama di Korea Selatan selama 1 semester. Mereka adalah.. Juan Wei pelajar tahun 3 Fakulti Kejuruteraan Awam UTM, Andrew Heng pelajar tahun 3 Fakulti Sains UTM Muhammad Faris Bin Nasir pelajar tahun 3 Fakulti Pendidikan, Nurul Izyana pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan dan Nur Raidah Bte Abdul Razak pelajar  Ijazah Sarjana dari Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Manusia UTM Skudai Johor. pada 26 hb feb 2013 adalah tarikh kami menjejak ke Korea Selatan. Negara yang terkenal dengan budaya hiburan KPOP dan terkenal dengan teknologi telefon bimbit pintar serta pasukan bola sepak lelaki dan pencapaian dalam sukan olimpik 2012 di London. Teruja berada disini dari turun kapal terbang penerbangan tambang murah Air Asia X dari LCCT Subang ke lapangan terbang antarabangsa Incheon, Seoul Korea.

suasana sejuk terasa sehingga ke sum sum tulang ketika kami tiba merupakan musim sejuk dan salji penuh di sekitar jalan dan tiada tumbuhan yang hidup. suhu sekitar -10 C. kami bertahan. perkara pertama kami buat adalah penginapan kami diberi penginapan sementara. kemudian keesokanya lagi kami keluar mencari baju sejuk untuk kami hidup dalam suasana sejuk ketika itu.

                                         
oppa gangnam style--->di area gangnam
para roomate di dorm kami
kemudian kami diberi penginapan baru. ah ada yang ditempatkan dengan pelajar korea dan ada yang ditempatkan bersama pelajar antarabangsa yang lain. komunikasi sangat janggal kerana masing2 lemah dalam penguasaan bahasa yang ditutur malaysia dengan bahasa inggeris pelat dan berterabur korea dengan bahasa korea kemudian memahami slang inggeris gaya Amerika. hari demi hari baru dapat keserasian seperti pasukan bola sepak kini kefahaman lebih dirasai cuma kemesraan tidak ditonjolkan oleh satu sama lain. kehidupan seharian  menyeronokkan dengan makanan korea, masyarakat dan budaya yang disemaikan sememang mereka bangsa yang meletakan hormat pada aras yang tinggi. salute. segala perbuatan tingkahlaku dan tutur kata mereka menunjukkan mereka menghormati. dengan cara tersendiri cuma segelintir yang kurang senang kebanyakan mereka yang tidak berbahasa inggeris dengan lancar sebagai contoh ajussi? dan ada yang terlebih peramah.
   
                                     

selepas peperiksaan pertengahan berakhir kini semakin tiba penghujung semester final. perkataan peperiksaan final sudah kedengaran dari mulut professor jun semakin menghampiri. rasa rindu mula menerpa teringat segala mereka yang berada disini untuk menolong dan ada yang membiar ada yang suka bersama dan ada yang suka bersendirian. rakan telah dijumpai dan masih ramai yang perlu ditemui. temapt masih banyak yang belum diteroka namun wang saku sudah semakin mengecil dan berkurang. haha. masih banyak yang perlu dipelajari dan dikuasai. berada disini memang perkara terbaik pernah dikecapi namun perkara yang berlaku sebagai kesinambungan adalah melihat Amerika Syarikat sebagai tempat kedua untuk menimba ilmu selepas Korea Selatan. bagaimana ia berlaku? disini hampir kesemua kiblat dalam perbagai bidang adalah dari AS. sehingga ia dinampakkan sebagai suatu yang begitu kuat dan utuh tersemat. jadi dgn mudah ia merebak. pengajian Ijazah Sarjana di sana mula terbit di hati dan akal fikiran, lantas bagaimana ia dapat dihasilkan, dana merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian.. uhh pinjaman.. demi ilmu dan pengajian tidak apa kah meminjam. huhu. kalau berkahwin sudah tentu anak isteri akan ditinggalkan. demi umur yang meningkat cita-cita dikorbankan atau korbankan cita-cita untuk kehidupan penuh nikmat (beristeri).. sebagai seorang oportunis yang islamik. pencarian ilmu itu lebih bermakna dan tinggi nilai dari kehidupan seharian. mengembara juga menambah ilmu. belajar dan berguru menambah ilmu berbicara dan memerhati menambah ilmu membaca dan melakukan serta mendengar manambah ilmu.

Kesimpulan adalah pertukaran pelajar sangat menyeronokkan bagi yang dahagakan ilmu.

P/s: semoga Allah permudahkan segala urusan dan pertambah segala apa yang telah berkurang dalam diri ini dan sisi dunia perkara yang mendatangkan manfaat. Amin Ya Robb.

mode: perkongsian matlamat, bersedia sahut cabaran ijazah sarjana dan alam kerja, pernambahbaikan diri menjadi Islam sejati. penerimaan dalam masyarakat. daebakk

seoul world cup stadium bersama Juan Wei dan Onur