Thursday, July 28, 2011

Skuad Harimau Malaya: perjuangan belum terhenti!

  Kira-kira 85k penyokong memenuhi stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan timbal balik Malaysia melawan Singapura 28 Julai lalu.. Media cetak dan elektronik di Malaysia membuat liputan yang cukup meluas berkenaan perlawanan penuh sejarah antara dua negara berjiran ini.

  Malaysia sebuah negara yang mempunyai sejarah bolasepak yang gemilang suatu ketika dahulu kini tercari-cari rentak yang permainan yang kompetitif,bersemangat dan mampu menundukkan lawan. Walaaupun mampu menag tetapi kalah dengan perlawanan yang disifatkan sebagai dibawah kemampuan sebenar. apa silapnya?
  Salah satu sebab kekalahan pasukan Malaysia ialah kelemahan kekuatan mental. Singapura sebenarnya melancarkan perang saraf terhadap pasukan Malaysia dari minit awal perlawanan lagi. diikuti ke minit-minit seterusnya.. berpura-pura cedera walaupun berlaga hanya sedikit, terhantuk sedikit sudah cedera dan berpura-pura kekejangan.. natijahnya, pemain Malaysia menjadi panas baran dan sakit hati. saya percaya sesiapa pun akan sakit hati.

  Kemudian melambat-lambatkan masa perlawanan. berjalan kaki dan melengahkan sepakan gol. tekanan sangat dirasa. dan apabila perilaku ini dilakukan. nah, semakin bertambah tekanan dan semakin bertambah panas terasa di dalam hati. tekanan ini selalu akan dapat dirasa dan perbuatan ini amat tidak profesional sekali.

  skuad Harimau Malaya akhirnya lemah selepas perang saraf ini berlanjutan. hantaran sering tidak sampai. gelecek tidak menjadi dan serangan mudah dipatahkan. ini amat ketara sekali pada babak kedua perlawanan. harapan penyokong membuak-buak diberikan sehingga pemain sendiri berasa tertekan kerana tidak berupaya menyekat skuad singa kecil ini dari melawan. tetapi harus diingat singa ini mendapat taring dari serbia. kuku dari negara china dan mata dari Eropah..

  Hasilnya, Harimau goyah dan tak bersemangat sokongan bertukar menjadi harapan dan tersemat di bahu pemain beban terlalu ramai yang hadir pada malam itu dan yang menyaksikan perlawnan di kaca televisyen. biarpun wisel penamat dibunyikan dan pasukan singa kecil yang meraikan kemenangan mara ke peringkat seterusnya. kemenangan itu dilihat tidak perlu untuk diberi perhatian. ianya dilihat agak tidak profesional. hanya kemenangan biasa. kelebihan buat mereka kerana menjaringkan lebih ketika beraksi di padang sendiri. Harimau Malaya walaupun lemah disebabkan perang saraf ini. pasti akan pulih dan bertenaga serta mendapat ramuan yang lebih baik untuk persiapan sukan SEA 2011 November ini di Jakarta. semoga harimau Malaya tidak berasa sedikit pun lemah dan dapat meneruskan aksi yang membanggakan.

Sunday, July 24, 2011

bermain helikopter kawalan jauh-satu permainan pemupukan minat pengangkutan udara::

 Bermain permainan helikopter kawalan jauh sangat diminati di serata dunia. terdapat pelbagai saiz dari pelbagai skala dari terkecil sehingga yang paling besar -iaitu versi helikopter tanpa pemandu.  memang banyak model dan pelbagai jenis yang terdapat di pasaran ketika ini pengeluar terbesar adalah dari USA.. seperti di laman web BananaHobby.com tersenarai pelbagai model dan kesemua diinspirasikan dari model sebenar yang terdapat untuk kegunaan di USA sendiri dan paling banyak dari model ketenteraan diorang yang pasti selain model2 versatil dan domestik..  sila lihat  :http://www.bananahobby.com/
Baru-baru ni di Kompleks sukan Udara dan Air di Desaru yang baru disiapkan telah mengadakan satu kejohanan mengawal kapal terbang kawalan jauh pada 21 hingga 23 julai 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Rakan Muda Inovasi untuk pelajar sekolah menengah atas. Sekolah yang dijemput sekitar kota tinggi. pelajar2 yang hadir diberi pendedahan mengawal helikopter dan kapal terbang menggunakan alat kawalan jauh simulasi sebelum menggunakan kapal terbang kawalan jauh sebenar. para pelajar hanya menghantar satu kumpulan pelajar bagi mewakili sekolah masing-masing. Hanya seorang pelajar lelaki dan perempuan yang akan mewakili sekolah masing2 untuk mengawal kapal terbang kawalan jauh yang dipasang sendiri oleh mereka dengan tunjuk ajar fasilitator dari Rakan Muda Inovasi. Terdapat dua kategori iaitu pelajar lelaki dan perempuan yang akan dianugerahkan gelaran jurukawal terbaik dan bagi kumpulan pemasangan model terbaik.


walaupun diberi tunjuk ajar dalam masa yang singkat para pelajar menunjukkan kemahiran yang baik sekali. mereka mampu mengawal dengan baik dan berjaya menerbangkan tanpa sebarang masalah. Pertandingan seperti ini mungkin mampu memupuk minat para pelajar terhadap bidang aeronautik dan pengangkutan udara dan akan lahir dari kalangan pelajar ini seorang jurupandu kapal terbang atau jurutera enjin kapal terbang pada masa akan datang. Satu usaha yang baik kerana kemudahan di Desaru ini amat lengkap dan selesa sekali.
jadi sebagai kesimpulan apakata anda mendapatkan satu model kawalan jauh udara dan cuba fahami manual dan segala panduan sebelum menerbangkan di kawasan lapang dan kurang berangin, anda pasti teruja dan semakin minat mendalami sesuatu dari teknologi pengangkutan udara..

Monday, July 18, 2011

perlawanan malaysia mln the big four BPL kecuali Man. U

Perlawanan pertama Malaysia skuad kebangsaan melawan Arsenal telah berlangsung pada 13 Julai 2011 di stadium Bukit Jalil menyaksikan Malaysia kalah 0-4. Arsenal bermain memang baik dan corak permainan pantas telah menyekat dan memerangkap harimau malaya tak berupaya untuk memyekat 'meriam' daripada terus menyerang.


Kemudian Malaysia skuad kebangsaan dipertemukan dengan Liverpool Fc pada 16 Julai 2011 dan menyaksikan Malaysia di terbangkan the Reds 3-6. Bagaimanapun Malaysia membanggakan kerana mampu membuat gol hasil jaringan cantik Safiq Rahim (fk) -(m42) dan 2-(m80)(m82) jaringan penyerang handalan M'sia Safee Sali.
 semua ini merupakan medan persediaan sebelum bertemu Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 Julai ini di Singapura-Stadium Jalan Besar sebelum ke Malaysia-Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai 2011.

pada hari Khamis 21 Julai Malaysia akan memanaskan badan sebelum pelawanan menentang skuad the Lions  
bertemu skuad the Blues-Chelsea. yang pasti barisan pemain bintang akan di turunkan menentang skuad Kebangsaan. penyokong Malaysia diharap memberi sokongan dengan memakai baju hitam kuning tanda sokongan dan diharap para pemain tidak leka dan lalai untuk bertahan dan cuba menghasilkan jaringan.Hidup Harimau Malaya!

::::cuti semester tiba lagi:::





Salam~ ha kali ni tulisan aku masih lagi berbentuk tulisan nukilan dan tidak berunsur ilmiah.. hehe rilek lah dulu skang tgah cuti sem nih.. ape plan korang yg tgah cuti sem ni?? kerje?? duduk rumah?? join program ataupun ade lawatan ke luar negara bersama universiti masing2?? y pasti mesti dah ade sesuatu di benak fikiran ape nak buat kan? bagosss!! aku lepas-lepas cuti ade sukma since aku rowers Wilayah Persekutuan untuk acara men lightweight double scull  dgn bot eight-dua-dua blum ade rezeki sebulan ak training hard, xmng.. lpas tu u suh ak training untuk games MASUM satu games universiti Malaysia- aku xmain..( agak syal) ak jadi boatholders.. takpe~ aku dah bnyak tgok bot buat starting.. ak blajar laa walaupun xmen. hehe.. lpas tu aku balik rumah xtau nak buat ap. duk rumah sminggu lpas tu kne saspek demam denggi pulekk~ 3hari 2mlm aku kat Hospital Kota Tinggi wad lelaki Melur.. dah puas masuk air dgn ambil darah spnjang kat wad aku pun balik.. duduk rumah aku kene mengemas rumah since dah nak masuk ramadan pastuh rutin harian cume ambil adik balik skul n tdooo(nie paling syok) tp ak realise kat rumah ak sgt2 xproduktif dan membentuk sikap malas since aku tdo jer.. keje paling lama 1jam.. peh! jadi ape beb.. aku plan nak keje start esok.. tu pun 3 hari lepas tu flyyyyy~ ke KL duk sane untuk cat rumah abg aku hahahaha~ jadi la.. keje gak tuh kalu xdpt upah dpt hadiah pon okey jerkk~ aku dah penat membebel.. ape aktiviti cuti semester korang?? best?? seronok?? kne attend short course?? shopping sakan?? leh pg dating 24jam?? fb 24jam?? keje? haha bagus-bagus korang memang hebat... so lepas nih dah ramadhan dah kene plan aktiviti y lbih keagamaan-malam jgn lupe terawih.. ok-ok.. ape2 pun ingat cuti sem ni kiter kene berehat setelah melalui proses pembelajaran. tp untuk lebih bersaing mula lah bangun awal pagi rancang la aktiviti mengikut jadual harian y seronok dan produktif -buat duit la maksud aku... hehee adios~ muhdfarisnasirbebel