Sunday, July 24, 2011

bermain helikopter kawalan jauh-satu permainan pemupukan minat pengangkutan udara::

 Bermain permainan helikopter kawalan jauh sangat diminati di serata dunia. terdapat pelbagai saiz dari pelbagai skala dari terkecil sehingga yang paling besar -iaitu versi helikopter tanpa pemandu.  memang banyak model dan pelbagai jenis yang terdapat di pasaran ketika ini pengeluar terbesar adalah dari USA.. seperti di laman web BananaHobby.com tersenarai pelbagai model dan kesemua diinspirasikan dari model sebenar yang terdapat untuk kegunaan di USA sendiri dan paling banyak dari model ketenteraan diorang yang pasti selain model2 versatil dan domestik..  sila lihat  :http://www.bananahobby.com/
Baru-baru ni di Kompleks sukan Udara dan Air di Desaru yang baru disiapkan telah mengadakan satu kejohanan mengawal kapal terbang kawalan jauh pada 21 hingga 23 julai 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Rakan Muda Inovasi untuk pelajar sekolah menengah atas. Sekolah yang dijemput sekitar kota tinggi. pelajar2 yang hadir diberi pendedahan mengawal helikopter dan kapal terbang menggunakan alat kawalan jauh simulasi sebelum menggunakan kapal terbang kawalan jauh sebenar. para pelajar hanya menghantar satu kumpulan pelajar bagi mewakili sekolah masing-masing. Hanya seorang pelajar lelaki dan perempuan yang akan mewakili sekolah masing2 untuk mengawal kapal terbang kawalan jauh yang dipasang sendiri oleh mereka dengan tunjuk ajar fasilitator dari Rakan Muda Inovasi. Terdapat dua kategori iaitu pelajar lelaki dan perempuan yang akan dianugerahkan gelaran jurukawal terbaik dan bagi kumpulan pemasangan model terbaik.


walaupun diberi tunjuk ajar dalam masa yang singkat para pelajar menunjukkan kemahiran yang baik sekali. mereka mampu mengawal dengan baik dan berjaya menerbangkan tanpa sebarang masalah. Pertandingan seperti ini mungkin mampu memupuk minat para pelajar terhadap bidang aeronautik dan pengangkutan udara dan akan lahir dari kalangan pelajar ini seorang jurupandu kapal terbang atau jurutera enjin kapal terbang pada masa akan datang. Satu usaha yang baik kerana kemudahan di Desaru ini amat lengkap dan selesa sekali.
jadi sebagai kesimpulan apakata anda mendapatkan satu model kawalan jauh udara dan cuba fahami manual dan segala panduan sebelum menerbangkan di kawasan lapang dan kurang berangin, anda pasti teruja dan semakin minat mendalami sesuatu dari teknologi pengangkutan udara..

No comments:

Post a Comment