Thursday, July 28, 2011

Skuad Harimau Malaya: perjuangan belum terhenti!

  Kira-kira 85k penyokong memenuhi stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan timbal balik Malaysia melawan Singapura 28 Julai lalu.. Media cetak dan elektronik di Malaysia membuat liputan yang cukup meluas berkenaan perlawanan penuh sejarah antara dua negara berjiran ini.

  Malaysia sebuah negara yang mempunyai sejarah bolasepak yang gemilang suatu ketika dahulu kini tercari-cari rentak yang permainan yang kompetitif,bersemangat dan mampu menundukkan lawan. Walaaupun mampu menag tetapi kalah dengan perlawanan yang disifatkan sebagai dibawah kemampuan sebenar. apa silapnya?
  Salah satu sebab kekalahan pasukan Malaysia ialah kelemahan kekuatan mental. Singapura sebenarnya melancarkan perang saraf terhadap pasukan Malaysia dari minit awal perlawanan lagi. diikuti ke minit-minit seterusnya.. berpura-pura cedera walaupun berlaga hanya sedikit, terhantuk sedikit sudah cedera dan berpura-pura kekejangan.. natijahnya, pemain Malaysia menjadi panas baran dan sakit hati. saya percaya sesiapa pun akan sakit hati.

  Kemudian melambat-lambatkan masa perlawanan. berjalan kaki dan melengahkan sepakan gol. tekanan sangat dirasa. dan apabila perilaku ini dilakukan. nah, semakin bertambah tekanan dan semakin bertambah panas terasa di dalam hati. tekanan ini selalu akan dapat dirasa dan perbuatan ini amat tidak profesional sekali.

  skuad Harimau Malaya akhirnya lemah selepas perang saraf ini berlanjutan. hantaran sering tidak sampai. gelecek tidak menjadi dan serangan mudah dipatahkan. ini amat ketara sekali pada babak kedua perlawanan. harapan penyokong membuak-buak diberikan sehingga pemain sendiri berasa tertekan kerana tidak berupaya menyekat skuad singa kecil ini dari melawan. tetapi harus diingat singa ini mendapat taring dari serbia. kuku dari negara china dan mata dari Eropah..

  Hasilnya, Harimau goyah dan tak bersemangat sokongan bertukar menjadi harapan dan tersemat di bahu pemain beban terlalu ramai yang hadir pada malam itu dan yang menyaksikan perlawnan di kaca televisyen. biarpun wisel penamat dibunyikan dan pasukan singa kecil yang meraikan kemenangan mara ke peringkat seterusnya. kemenangan itu dilihat tidak perlu untuk diberi perhatian. ianya dilihat agak tidak profesional. hanya kemenangan biasa. kelebihan buat mereka kerana menjaringkan lebih ketika beraksi di padang sendiri. Harimau Malaya walaupun lemah disebabkan perang saraf ini. pasti akan pulih dan bertenaga serta mendapat ramuan yang lebih baik untuk persiapan sukan SEA 2011 November ini di Jakarta. semoga harimau Malaya tidak berasa sedikit pun lemah dan dapat meneruskan aksi yang membanggakan.

No comments:

Post a Comment